Bermulanya blog ini dengan cerita tentang kematian. Mungkin cerita ini tidak menarik serta membosankan bagi kebanyakan orang…tapi, aku yakin cerita ini boleh membawaku menuju kejayaan yang hakiki…sepertimana sepotong hadis yang sentiasa terngiang-ngiang di telingaku “Orang yang paling bijak ialah orang yang selalu mengingati MATI”..Hatiku sayu bila mengenangkan saat kematian…pelbagai persoalan menerjah akal fikiranku..Kenapa aku mesti mati? Bolehkah aku lari dari kematian? Bilakah tarikh kematianku? Bersediakah aku untuk menghadapinya?....Saatku kebuntuan, Allah ada jawapannya….
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”
(Ali Imran: 185)
Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.
(An-Nisa’: 78)
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa Yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".
(Al-Jumu’ah: 8)
Ya Allah, hinanya aku dari sisiMu…aku hamba yang banyak dosa…aku tidak tahu kematian yang bagaimana selayaknya untukku…Kau berikanlah aku kekuatan untuk mentaatiMu…Moga-moga aku dapat melepaskan diri dari azabMu yang pedih itu dan Kau matikanlah aku dalam iman…..
“Hidup ini umpama lilin, apabila sampai waktu & ketikanya….ia akan padam”
0 comments:
Post a Comment