Sahabat…
Aku tidak pernah lupa akan tintamu yang penuh bermakna itu…Bait-bait indah itu sentiasa berbunga dalam taman hati ini…Di sini aku titipkannya semula agar memori itu akan terus terlestari di mindamu…
Assalamualaikum...
Buat seorang sahabat...
Tiada kata-kata terbaik boleh dilafazkan bagi membandingkan apa yang telah disumbangkan terhadap diri ini. Tanpa kita sedari, masa telah menginjakkan kita dalam melayari jaluran ukhwah yang terbentuk mengikut acuannya sendiri. Namun, dalam tempoh itu jua pelbagai rentetan manis dan pahit ditelan sebagai suatu undang-undang yang telah ternoktah bagi melengkapkan erti sebuah persahabatan. Buat kenangan yang manis, jutaan terima kasih atas kesudian menitipkan secangkir senyuman di wajah ini. Jua atas kesudian melakar keindahan sebuah pelangi buat mewarnai kehidupan diri ini. Hanya bait kata-kata berupa doa dapatku panjatkan ke hadrat Ilahi sebagai hadiah di atas segala sumbangan. Buat kenangan yang pahit, usah didukung umpama menatang sesuatu yang menyakitkan. Yakinlah bahawa setiap yang pahit pasti ada tersembunyi manisnya. Kerana hikmah itu adalah barang yang hilang dari diri seorang Muslim, maka carilah. Andai engkau menemukannya, maka ambillah kerana engkau lebih layak untuk memilikinya. Namun, tidak bermakna diri ini terlepas daripada kesilapan yang lampau begitu sahaja. Sejuta keampunan dipohonkan atas kelemahan seorang insan, moga dengan ini bersihlah diri daripada noda hitam yang menyelaputi hati. Dalam menuju detik-detik yang amat dinantikan oleh seorang Muslim, ku sampaikan ucapan terima kasih dan maaf zahir batin atas segalanya...Dan salam Ramadhan dari diri ini. Moga tautan ukhwah yang telah terbina dapat dilandaskan ke pedoman yang tulus dan benar..itulah keredhaan Ilahi.
Terima kasih sahabatku Siti Munira.
Wassalam....
Sahabat,
Ada masa kita sabar diuji mehnah
Kadang-kadang kita kalah dilanda fitnah
Iman pasang segala rintangan jadi mudah
Iman surut segalanya payah utk diredah
Kadang-kadang kita redha
Kadang-kadang kita sukar membugar pasrah
Jalan hidup sukar diteka
Senang tak bermakna hujungnya bahagia
Sukar tak beerti selamanya derita
Antara sabar dan keluhan, seperti tiada beza
Tapi indahnya jika kita tahu
Bahawa kepahitan itu, penawar terbaik utk racun berbisa
Tapi kadang-kadang kita lupa
Kerap kali kita alpa
Sedang kita mafhum
Tiada yang lebih berkuasa melainkan DIA
Sahabat, ketahuilah....ada insan yang menyayangimu...
~Ukhuwwah fillah abadan abada~
1 comments:
Salam..hei!kata2 tu indah sgt..hope you n all your friends will alwayz together n forever...(=_+)
Post a Comment