Jenis buku yang korang suka baca

Thursday, May 29, 2008

Untungnya bila tahu


Hampir seminggu dirumah. Tak lama, tapi alhamdulillah. Merasai kasih ibu yang selalu berjauhan. Bukan sengaja, keadaan juga tidak pernah memaksa. Tetapi, mungkin kejauhan lebih mendalam kan rasa cinta, rindu dan doa yang banyak buat ibu yang tersayang, kupanggil MAK.

Seperti biasa, dia terlalu gembira bila anaknya pulang. Tak kira yang mana. Semakin hari nampak fenomena ketuaan yang melanda dirinya. Ketara sekali, setiap dua bulan kini dia perlu ke klinik mengambil ubat. Dan ubat tersebut kini menjadi menunya tiap lepas makan. Sayu rasanya, aku semakin melihat dunia. Dia pula semakin begitu. Tak berubah, menambah kesayuanku, waktu makan, dia setia kedapur. Setia bertanyakan menu kegemaran anaknya. Airmata hati ini, sedikit terusik. Dia memang benar-benar ibu yang amat mengasihi anaknya.

Tiap solat, kudoakan segala rahmat adalah untuknya. Biar kutahu, itu belum cukup pantas balas budinya. Keringatnya. Sakit hatinya. Terkenang bila dulu, suka benar melawan cakapnya. Tak mahu kuingat, tak mudah juga kulupainya.

"Seorang ibu, pastikan akan memaafkan segala kesalahan anaknya"

Terngiang-ngiang ayat-ayatnya yang selalu keluar dari bibirnya. Mampukah aku menahan airmata ini? Tambah lagi, membayangkan bila dia sendirian membesarkan anak-anak yang ramai, tanpa bantuan seorang suami. Memang unik kasihnya. Bak unik namanya, Mak

Kisah bilamana Abdullah Umar mengerjakan tawaf pada hari yang panas, lalu terlihatlah ia seorang lelaki Yaman mendukung ibunya untuk bertawaf dalam keletihan. Lelaki tersebut bertanya kepada Ibnu Umar, "Apakah apa yang aku lakukan ini dapat membalas jasa ibuku?"
Maka, jawab Ibnu Umar, "Tidak, walaupun senafas".

Begitulah. Kumenginsafi diri. Dan dia tetap begitu. Sedia menjadi insan sejati, mencurah keringat, kasih dan sayangnya yang tiada hujung, tiada mula, kurniaan dan rahmat Allah, buat anak-anaknya. Terlalu setia menjulang nama ibu. Definisi pengorbanan, definisi kasih sayang. Segalanya ada padanya.

Apa yang dapat kulakukan? Segalanya tak mampu kubalas.

Aku memujuk diri. Biar begitu, ada satu yang menyebelahiku. Doa. Ya, doalah jasa abdi aku untuknya. Bila material bukan lagi kecukupan untuk kubalas jasanya, inilah satu-satunya jalan ku. Yang dapat menjadi jambatan antara aku dan dia juga doa. Yang pasti menemui dia bila waktunya dia dulu dijemput ilahi, juga doa.

Ya Allah, kekalkanlah aku dalam dunia yang soleh, agar aku tetap dalam rahmatMu. AGar aku tetap dalam mendoakan ibuku. Untungnya bila tahu rahsia ini.

Kuterus mendalami erti kehidupan yang seperti ini.


Perjalanan

Buat Diri….

Demi masa yang dilalui
Perlu dihargai jangan ia dibaziri
Kehidupan yang dikecapi
Kurniaan Ilahi
Perlu ia disyukuri

Kadangkala kita tak menduga
Ujian berlaku tiap masa

Kuatkanlah usaha
Jangan mudah putus asa
Berserah padaNya

Kau pastikan berjaya
Mengharunginya dengan
Penuh keyakinan

“Ya Allah,
Aku sedang melangkah menjalani hari,
Moga Kau besertaku selalu…
Ya Allah,
Teguhkan aku dalam menempuh perjalanan ini,
Dekatkan aku selalu padaMu di setiap waktu...”

Thursday, May 22, 2008

Jagalah Peribadimu

myspace code
CommentEstate.com: Click Here To Get One
Myspace Code - Chicken Recipes - Watch Naruto Online

Dari sahabat…buat sahabat..

Sahabat…
Aku tidak pernah lupa akan tintamu yang penuh bermakna itu…Bait-bait indah itu sentiasa berbunga dalam taman hati ini…Di sini aku titipkannya semula agar memori itu akan terus terlestari di mindamu…

Assalamualaikum...

Buat seorang sahabat...
Tiada kata-kata terbaik boleh dilafazkan bagi membandingkan apa yang telah disumbangkan terhadap diri ini. Tanpa kita sedari, masa telah menginjakkan kita dalam melayari jaluran ukhwah yang terbentuk mengikut acuannya sendiri. Namun, dalam tempoh itu jua pelbagai rentetan manis dan pahit ditelan sebagai suatu undang-undang yang telah ternoktah bagi melengkapkan erti sebuah persahabatan. Buat kenangan yang manis, jutaan terima kasih atas kesudian menitipkan secangkir senyuman di wajah ini. Jua atas kesudian melakar keindahan sebuah pelangi buat mewarnai kehidupan diri ini. Hanya bait kata-kata berupa doa dapatku panjatkan ke hadrat Ilahi sebagai hadiah di atas segala sumbangan. Buat kenangan yang pahit, usah didukung umpama menatang sesuatu yang menyakitkan. Yakinlah bahawa setiap yang pahit pasti ada tersembunyi manisnya. Kerana hikmah itu adalah barang yang hilang dari diri seorang Muslim, maka carilah. Andai engkau menemukannya, maka ambillah kerana engkau lebih layak untuk memilikinya. Namun, tidak bermakna diri ini terlepas daripada kesilapan yang lampau begitu sahaja. Sejuta keampunan dipohonkan atas kelemahan seorang insan, moga dengan ini bersihlah diri daripada noda hitam yang menyelaputi hati. Dalam menuju detik-detik yang amat dinantikan oleh seorang Muslim, ku sampaikan ucapan terima kasih dan maaf zahir batin atas segalanya...Dan salam Ramadhan dari diri ini. Moga tautan ukhwah yang telah terbina dapat dilandaskan ke pedoman yang tulus dan benar..itulah keredhaan Ilahi.
Terima kasih sahabatku Siti Munira.
Wassalam....

Sahabat,
Ada masa kita sabar diuji mehnah
Kadang-kadang kita kalah dilanda fitnah
Iman pasang segala rintangan jadi mudah
Iman surut segalanya payah utk diredah
Kadang-kadang kita redha
Kadang-kadang kita sukar membugar pasrah
Jalan hidup sukar diteka
Senang tak bermakna hujungnya bahagia
Sukar tak beerti selamanya derita
Antara sabar dan keluhan, seperti tiada beza
Tapi indahnya jika kita tahu
Bahawa kepahitan itu, penawar terbaik utk racun berbisa
Tapi kadang-kadang kita lupa
Kerap kali kita alpa
Sedang kita mafhum
Tiada yang lebih berkuasa melainkan DIA

Sahabat, ketahuilah....ada insan yang menyayangimu...

~Ukhuwwah fillah abadan abada~

Wednesday, May 21, 2008

for me only!

pelajaran utk syireen hari ini:-
kita mesti mengkecilkan benda yang tak berapa besar
daripada memenuhi fikiran..
sebaliknya fikirkan sesuatu yang lebih dan amat besar yang sememangnya besar!
dan penuhi fikiran anda dgn benda itu...

"Ke arah Kedewasaan Pemikiran Gue!"

Diam?

Diam...
Merungkai seribu satu makna...
Mungkinkah dia marah? atau
Mungkinkah kouta kata2 sudah habis?? atau
Mungkinkah dia merajuk lantas diam adalah tandanya? atau
Barangkali dia sedang mencari kekuatan diri?
kerana sedang menghadapi satu transaksi dlm kehidupan...

Diam...
Mungkinkah dalam hati tersirat suatu kisah ...
yang tak terungkap dengan kata2...
lantaran tidak tahu cara untuk melafazkan dalam bentuk kata..
mungkinkah diam adalah satu cara saja yang ada?
barangkali jika diluah, mungkin hati nya akan terluka?
maka biarlah satu hati yang menelan...seperti biasa..

bisakah hatinya membaca hatiku...
atau bisakah hatiku membaca hatinya...

tetapi yang pasti, Dia bisa membaca kedua2nya...
Ya ALLah, Kau bisa membolak-balikkan hatiku dan hatinya, bolakkan ia ke arah jalan yang diredhaiMu..kerana..
walau apapun yang terjadi, RedhaMU adalah no satu...........
berilah ketabahan kepadaku, untuk menghadapi transaksi kehidupan..
"ke arah pembinaan kedewasaan diri"...muahhahahahahah

Jalan dan Jalan





Koleksi gambar jalan.

Hargailah Ukhuwwah Itu


Senyap tanpa bicara. Boleh jadi bertambah-tambah persoalan dipemikiranku. Tak mampu untuk meluahkan tapi harapnya difaham. Walalupun tahu dia tak mungkin faham akan keresahan hati ini. Kata-katanya nampak bezanya. Dekat dimata, terlalu jauh rasanya. Senyum tak semesra biasa. Makin banyak aku menyoal hati. Menyoal hati sendiri yang tak reti menjawab. Benarlah..ukhuwwah itu amat sukar untuk ditafsir. Memang benar, ukhuwwah itu dihati, bila bersendirian akan ditemani, kerana ianya terletak dalam hati. Tapi bila hati goyah begini, hati banyak bertanya begini..benarkan ukhuwwah itu dihati. Atau aku yang kena reflek diri..Benarkah aku letakknya (ukhuwah) itu dihati. Aku kuletak ditepi..yang tak kuhirau bila ku takperlukannya? Dimana sebenarnya? Tambah lagi soalan. Kalau hati tak menerima, hampir mana jasad itupun, tetap terasa jauhnya. Mungkin kah hati dah tak mahu terima huluran hati ini? Bacalah dengan complicated.Sengaja kutulis dengan payah utk difahami, kerana aku sendiri tak faham, sukar menafsir.
Mungkin kurang pandai menafsir. Bila waktu harus berlalu, dia tetap dalam kepatuhannya. Manusia pula penuh ragam. Kadang saja dia resah. Kadang saja dia gembira. Kadang pula dia lelah. Senyum bila ada nikmat. Menangis bila diuji. Dia juga ada berkata...dan manusia itu penuh keluh kesah. Fitrah yang sinonim dalam jiwa hati manusia. Mungkin juga tidak menghargai. Atau kurang menghargai. Bila ada dibiar sakit. Bila tiada itula yang dirindui. Besar tugas dalam menjaga ukhuwwah. Dalam menjaga hati. Kerana mungkin itulah katanya ukhuwwah itu dihati.
Ukhuwwah itu memang indah
Boleh jadi punca kuat iman bila lemah
Ukhuwwah itu memang manis
Saat derita ada yang turut merasa
Saat manis ada yang berkongsi
Saat senyum dia juga bersama
Saat menangis dia juga memujuk
Ukhuwwah itu sejati
Kerana merangkum fitrah diri
Yang sunyi tanpa ditemani
Yang ingin merapat diri
Dalam mencari kasih Ilahi
Wallahu'alam.

Tuesday, May 20, 2008

Wanita Solehah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, May 15, 2008

testing..testing..

lah?eira?can you guys read my writing??

Kasih Ibu

Kasihnya tak sebarang..terharu yang berpanjangan...sejak aku tiada hingga ku ada..tak mampu
ku membalasnya...



Engkau yang aku rindu
Engkau bertakhta di hatiku

Segalanya hanya tinggal kenangan
Pergi seorang insan yang amatku sayang
Limpahan kasih sayangmu selautan rinduku
Yang pasti kau takkan kembali

Ya Tuhanku
Tabahkanlah menghadapi
Dugaan-Mu

Rahmatilah... Oh ibu
Seharum semerbak kasturi
Sedingin air di kali
Curahan kasih suci yang kau beri
Selamatlah ibu di sana mengadap
Allah Yang Esa
Doaku agar engkau bahagia

Engkaulah permata hati
Mendidik mengasuh kami
Bertarung nyawa demi kasih suci

Sungguh murni hati ibu
Menempuh onak berliku
Peritmu tiada siapa yang tahu

Rahmatilah... Oh ibu
Seharum semerbak kasturi
Sedingin air di kali
Curahan kasih suci yang kau beri
Selamatlah ibu di sana mengadap
Allah Yang Esa
Doaku agar engkau bahagia

Engkaulah permata hati
Mendidik mengasuh kami
Bertarung nyawa demi kasih suci

Sungguh murni hati ibu
Menempuh onak berliku
Peritmu tiada siapa yang tahu
Peritmu tiada siapa yang tahu
Peritmu tiada siapa yang tahu

Wednesday, May 14, 2008

Di sini bermula...

Bermulanya blog ini dengan cerita tentang kematian. Mungkin cerita ini tidak menarik serta membosankan bagi kebanyakan orang…tapi, aku yakin cerita ini boleh membawaku menuju kejayaan yang hakiki…sepertimana sepotong hadis yang sentiasa terngiang-ngiang di telingaku “Orang yang paling bijak ialah orang yang selalu mengingati MATI”..Hatiku sayu bila mengenangkan saat kematian…pelbagai persoalan menerjah akal fikiranku..Kenapa aku mesti mati? Bolehkah aku lari dari kematian? Bilakah tarikh kematianku? Bersediakah aku untuk menghadapinya?....Saatku kebuntuan, Allah ada jawapannya….

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”

(Ali Imran: 185)

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.

(An-Nisa’: 78)

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa Yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".

(Al-Jumu’ah: 8)

Ya Allah, hinanya aku dari sisiMu…aku hamba yang banyak dosa…aku tidak tahu kematian yang bagaimana selayaknya untukku…Kau berikanlah aku kekuatan untuk mentaatiMu…Moga-moga aku dapat melepaskan diri dari azabMu yang pedih itu dan Kau matikanlah aku dalam iman…..

“Hidup ini umpama lilin, apabila sampai waktu & ketikanya….ia akan padam”