Jenis buku yang korang suka baca

Showing posts with label luahan hati. Show all posts
Showing posts with label luahan hati. Show all posts

Thursday, September 4, 2008

Qisah-Ruang mengambil pelajaran

Qisah = Kisah


Al-Qosos... = Surah menceritakan kisah-kisah.

Aktiviti terbaru, bersama-sama beberapa orang lagi, mendengar pengisian ISK - Ini Sejarah Kita. Barangkali, rasanya ini kali ketiga. Sejak pertama kali dengar talk ISK ni lagi, dah terpikat dan minat dengan sejarah dahulukala, yang mana seperti orang lain, sebelum itu cukup 'boring' dengan sejarah. Subjek Sejarah. 

ISK ialah 'talk' yang mengandungi kisah-kisah sejarah islam secara khususnya. Sejarah yang bukan untuk dipelajari/diketahui semata-mata, namun tersiratnya, mengembalikan semula semangat perjuangan jihad mengembalikan kegemilangan islam.

Ternyatalah kini, sejarah berperanan penting dalam manusia hari ini memperbetulkan jalan hidup. Sebilangan kita memandang ringan akan kisah sejarah, tetapi, disuatu sudut, ada perkara yang tak dapat dicari penyelesaian, kecuali menggunakan sejarah. Termasukkan cerita-cerita peribadi(sejarah juga).

Tambah lagi, Al-Quran sendiri, kandungannya terlalu dengan cerita-cerita. Cerita orang (peribadi2), cerita kaum-kaum yang berjaya, cerita kaum-kaum yang musnah/tak berjaya. Cerita perjuangan Nabi-nabi...Kisah-kisah yang Allah SWT pelihara sehingga kini ini, bukankah tidak lain adalah sebagai pengajaran untuk kita? Hatta Allah SWT sendiri berfirman dihujung kebanyakkan ayat :.."Apakah kamu tidak mengambil pengajaran?"...

Bahkan, saya yakin, cerita-cerita kita sendiri yang kita kongsikan, cerita-cerita yang sahabat-sahabat kongsikan, boleh saja memberi manfaat yang banyak kepada orang lain. Asal sahaja niat ikhlas kerana Allah untuk berkongsi, apa salahnya. Kita tidak tahu, mungkinkah disatu sudut dunia, ada seseorang yang mengalami permasalahan/pengalaman yang sama. Pasti dia tersenyum bilamana ada juga insan sepertinya. Mungkin dia masih tak ketemu jawapan, lalu, dia jumpa jawapannya..

Berkongsilah, asal tak merosakkan. 
Apa cara sekalipun, gunakanlah....

Wallahua'lam.

Tuesday, August 26, 2008

Segalanya Berakhir dgn Baik

Dah lama xmenjengah blog ni....setakat lalu lalang saja...Alhamdulillah ada sahabat2 yg selalu berkongsi dlm blog ni....mcm2 yg berlaku...antaranya adalah kisah kematian.....sungguh memberi kesan di hati ini....
Tiba2 rindu utk meluahkan....rasa di hati, rasa di jantung, rasa di perut...semuanya ttg rasa...rasa utk dikongsi....bulan August 2008 mmg memberi kesan yg besar dlm hidup ini...semuanya ttg perjalanan menuntut ilmu....
Alhamdulillah Allah memberi peluang utk aku menyambung pengajian di peringkat master dlm bidang chemical engineering di usia yg muda la kot...baru masuk 23thn...tp umur yg muda xmenjamin kejayaan pon..kdg2 org tua lg cepat dia belajar...ternyata UPSR, PMR, SPM, Degree...semuanya mainan belaka...proses mematangkan otak...semua tu dh jadi memori....huh...dan kini Master adalah realiti hidup aku sekarang.PhD pulak menjadi impian...benarlah bahawa kejayaan kita masa lalu, xmembawa apa2 jaminan utk kita berjaya di masa depan...hmmm...xsusah xberjuang laaaa....
xtaula kenapa aku bnyk diuji dgn master ni....tp xpe..itu semua dugaan...mungkin inilah jalan yg haus dilalui utk memantapkan diri dgn ilmu Allah...yang penting aku maju ke depan...mengorak langkah menyerlah jauh dari yang biasa...hmm cakap mmg senang...kadang2 aku lemah....warghhh
Hari ni aku dah selesai present utk 1st assessment...Alhamdulillah ketenangan hadir...walaupun ada yg kena ubah...tp, aku xrasa itu bermasalah..at least i'm clear about my future...klau orang lain boleh berjaya, kenapa aku tidak? aku ada sahabat2 yg baik, aku ada tarbiyyah, aku ada usrah, aku ada adik2 usrah, aku ada segalanya yg Allah bagi, dan yg paling berharga, Aku ada Allah yg sentiasa mendengar rintihan, memberi aku kekuatan & bantuan...so, kenapa aku mesti lemah? sedangkan aku ada Allah di sisi....
betapa indahnya bila kita nampak kebesaran Allah....sgt manis rasa iman...sgt manis rasa Islam...uhhhh xdpt nk digambarkan dgn kata2...hnya yg merasai shj yg tahu....
Sekarang ni dah ada satu semangat...semangat baru....Ya Allah, Kau tempatkanlah aku di kalangan hamba2Mu yg berjaya...