Jenis buku yang korang suka baca

Showing posts with label Koleksi. Show all posts
Showing posts with label Koleksi. Show all posts

Tuesday, November 4, 2008

All the Best!!!

Salam

Kepada semua pembaca Nowfara yang mengambil peperiksaan dimana jua anda,kami mengucapkan - bittaufiq wan najah -

Usahakanlah agar meperoleh yang terbaik, urusan selebihnya serahkan kepada Allah SWT. Kami mendoakan agar semuanya dipermudahkan insyaAllah.

Disini dihadiahkan doa-doa buat semua.


Monday, October 13, 2008

Al-Usroh


Ada sikit-sikit 'ganas' tapi berisi...
Baguih2...

Friday, August 29, 2008

Kurangkan terasa, tingkatkan prestasi



Bila sahabat-sahabat berkongsi tazkirah tentang Jangan Kecil Hati Dengan Sahabat, terasa tersentuh juga. Sebabnya selalu/mudah juga hati ini mengalami fenomena 'makan hati'. Makan hati, kecil hati, merajuk, ialah biasa berlaku dalam berukhuwwah, dalam menjalinkan silaturrahim. Kerana silaturrahim yang murni, ukhuwwahfillah itu dibenci syaitan. Lalu dia akan sentiasa berusaha meniup 'rasa-rasa ' yang tak sepatutnya dirasai dalam bersahabat. Paling kerap mengalami gangguan emosi ini ialah perempuan. Bukan maknanya perempuan itu lemah, tapi emosi begini memberi kata lain, betapa halusnya jiwa seorang perempuan.

Namun, tersinggung jangan berpanjangan. Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih. Jangan tertipu dengan pujukan syaitan yang sentiasa mahu mencari teman dineraka. Meskipun payah, berusahalah, agar hatimu akan kembali tenang. Kita takkan tenang selagi mana urusan ukhuwwah/hati ini belum selesai.

Adapun, antara perkara yang mungkin menjadi faktor ialah seperti :-

  • Prasangka.
"Wahai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakkan dari prasangka kerana sebahagian prasangka itu dosa" (49:12)

Bermakna disini, apa-apa sahaja yang kita tidak tahu, tak perlulah kita berprasangka dengan sahabat-sahabat kita. Kita pun tahu yang kita selalu tersalah tafsir, based pada experience kita yang banyak tu. Oleh itu, sebelum kita berprasangka yang pelik-pelik, mintalah penjelasan yang benar dari sahabat kita.

"Wahai orang-orang beriman, jika datang kepadamu orang-orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu" (49:6)

Sesungguhnya, Tahap ukhuwwah yang paling rendah ialah berlapang dada, paling tinggi ialah ithar (melebihkan orang lain). Pasti ada sebab, mengapa perlu dinilai sifat berlapang dada baru dinilai itharnya. Belum dikira benar-benar ithar jika belum benar-benar ikhlas. Ikhlas datang dari kelapangan hati yang benar-benar dalam dari iman yang mendalam.

Sebelum berakhir, Biarlah perkara-perkara ideal ini menjadi titik ukur kita. Moga-moga diri menjadi lebih baik. Apapun, hubungan dengan Allah yang baik, menjamin hubungan yang baik sesama makhluk.

Wallahua'lam.

Tuesday, August 26, 2008

Konsep Tawakkal

I am editing my previous post.

Pagi ni saya belajar satu perkara. Yang sangat menarik.

"Nature VS Nurture"
"Creationist VS Evolutionist"
"Qada' & Qadar"

Setulusnya menyatakan ini ada perkara yang selalu saya fikirkan. Persoalan ini berkait dengan sifat ketaatan, redha, rendah diri (sifat hamba) yang sepatutnya saya dan anda miliki. At the end, bila saya dengar ulasan tentang 'perkara' ini yang diulas begitu baik sekali, maknanya sesuai dengan kefahaman saya, akhirnya saya menyerah kalah dengan kehebatan Allah menciptakan segala sesuatu isi alam, aturan alam, saya seperti seorang yang rebah dalam kekaguman, subhanallah, terlalu hebatnya Allah, maka, terlalu jauhnya saya dari saya yang sepatutnya.

Anda sekalian? Apa yang anda faham tentang qada' dan qadar (QnQ)?

Memetik dari website Dr Danial;

QnQ ialah ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak azali lagi berdasarkan ilmunya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian yang telah ditetapkan.

Wow..dari cara ayat ini, sekali faham, mungkin ada yang akan berkata, maksudnya kita takyah buat apa-apa and just biar masa berlalu, tunggu je apa yang akan berlaku pada kita". Tersuratnya macam tu. Namun, logiknya juga tak mungkin bola atau laptop kat atas meja akan terangkat kalau kita tak angkat. Tak mungkin kita dapat kedepan kalau kita tak berjalan, kan?

So, jom kita tengok ni:

Imam Al-Khathabi telah berkata:
"Ramai orang mengira qada dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya pandangan yang seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku berhubung semua perkara..' Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan mempengaruhi kehendak hamba itu."

Kisah si pencuri...(situasi : zaman Umar Al-Khattab)

Sipencuri ditangkap dan dibawa berjumpa khalifah Umar. Khalifah Umah bertanya, mengapa kamu mencuri, jawab si pencuri, kerana ini takdir Allah keatas saya..". Lalu, Khalifah Umar marah dan menghukum lelaki tersebut dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong tangannya." Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: "Mengapa hukumannya begitu berat?" Berkata Omar Al-Khattab ra: "Kamu akan dipotong tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah." Maksudnya,manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.

Hukum sebab musabab atau sebab akibat adalah takdir. Manusia dapat menolak takdir dengan takdir yang lain kerana kesemua itu telah dicipta dan ditetapkan oleh Allah bagi manusia.

Contohnya.., takdir lapar dapat dihilangkan dengan takdir makan, takdir dahaga dapat dihilangkan dengan minum dan takdir mengantuk dapat dihilangkan dengan tidur. Mengikut sebuah riwayat yang sahih, khalifah Umar Al-Khattab ra enggan memasuki kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia sedang dilanda wabak taun. Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah ra bertanya kepada Umar ra: "Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?' Omar ra menjawab: "Aku lari dari takdir Allah kepada takdir yang lain." (Tarikh At-Tabari)

Maksudnya....

Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar dari ruang kemanusiaan yang telah Allah tetapkan dan Allah sejak dari awal lagi telah mengetahui segala keputusan yang akan diambil oleh manusia.

Apa yang kita kena buat?

Kahlifah Umar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini
ketika bertawaf:

"Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku. Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan."

Wallahua'lam...


Seronoknya jadi orang.
Especially jadi orang tahu cara nak hidup.

Tak takut, tak susah hati.

Yang penting 'maju'..

Next week bulan Ramadan, kepada orang-orang sekalian,
mari kita perbaiki diri. Semoga kita jadi betul-betul orang...


Hidup hanya 8 senggat je..

p/s:jangan jadi orang-orang...

Tuesday, July 1, 2008

Remove Virus Efficiently

Suka virus? Mesti tak suka kan. Virus boleh jadi menyemakkan PC atau melambatkan. Lebih stress antivirus ada tapi macam xde. Setakat scan, tapi kadang-kadang takle remove.

So, ni nak cadangkan guna cara disamping boleh juga try cara-cara lain. Apa yang saya selalu lakukan ialah tiap kali pendrive saya digunakan diPC lain yang saya instinct sendiri ada virus, saya akan terus scan di komputer saya. Guna latest AVG. Bila scan, kebiasaannya instinct saya benar. Ada virus. Terbaru (pagi ni) :-

  • RavMone.exe
  • Autorun.inf
  • nhppy.com
  • Flash.10.Setup.exe
  • Love Calculator.exe
Macam AVG free yang saya pakai ni, dia bagitau je. Nak remove macam nak tak nak je. So, saya guna cara yang macam ni: (cari dari internet)...

Setelah kita scan guna avg atau apa-apa abtivirus kita yg free tuh, ingat atau catat nama-nama virus tuh (contohnya cam kat atas), pastu ikut step kat bawah

  1. Masuk command prompt [Start - Run - type "cmd" ] , akan keluar screen command prompt.
  2. Pastu kena g kat pendrive punya path, eg: G:, so caranya, type cd.. pastu enter sampai dia jadi C:/ sahaja, then baru type G: pastu enter.
  3. Pastu suruh dia senaraikan semua fail dalam pendrive kita dengan menaip "dir/w/a/p" , tekan enter.
  4. Tengok kot-kot ada nama-nama virus2 tuh.
  5. Pastu untuk enable proses deletekan diorang atau hapuskan, type " attrib -h -r -s *.* ", tekan enter.
  6. Pastu baru delete nama fail tuh. contohnya kalau ada virus autorun.inf, so tulis: " del autorun.inf ".
  7. Teruskan mendelete virus2 yang lain.
  8. Pastu remove pendrive dari komputer.
  9. Masukkan balik. Scan balik. Kalau berjaya, Alhamdulillah
Ok.Semoga membantu :)

Thursday, May 29, 2008

Untungnya bila tahu


Hampir seminggu dirumah. Tak lama, tapi alhamdulillah. Merasai kasih ibu yang selalu berjauhan. Bukan sengaja, keadaan juga tidak pernah memaksa. Tetapi, mungkin kejauhan lebih mendalam kan rasa cinta, rindu dan doa yang banyak buat ibu yang tersayang, kupanggil MAK.

Seperti biasa, dia terlalu gembira bila anaknya pulang. Tak kira yang mana. Semakin hari nampak fenomena ketuaan yang melanda dirinya. Ketara sekali, setiap dua bulan kini dia perlu ke klinik mengambil ubat. Dan ubat tersebut kini menjadi menunya tiap lepas makan. Sayu rasanya, aku semakin melihat dunia. Dia pula semakin begitu. Tak berubah, menambah kesayuanku, waktu makan, dia setia kedapur. Setia bertanyakan menu kegemaran anaknya. Airmata hati ini, sedikit terusik. Dia memang benar-benar ibu yang amat mengasihi anaknya.

Tiap solat, kudoakan segala rahmat adalah untuknya. Biar kutahu, itu belum cukup pantas balas budinya. Keringatnya. Sakit hatinya. Terkenang bila dulu, suka benar melawan cakapnya. Tak mahu kuingat, tak mudah juga kulupainya.

"Seorang ibu, pastikan akan memaafkan segala kesalahan anaknya"

Terngiang-ngiang ayat-ayatnya yang selalu keluar dari bibirnya. Mampukah aku menahan airmata ini? Tambah lagi, membayangkan bila dia sendirian membesarkan anak-anak yang ramai, tanpa bantuan seorang suami. Memang unik kasihnya. Bak unik namanya, Mak

Kisah bilamana Abdullah Umar mengerjakan tawaf pada hari yang panas, lalu terlihatlah ia seorang lelaki Yaman mendukung ibunya untuk bertawaf dalam keletihan. Lelaki tersebut bertanya kepada Ibnu Umar, "Apakah apa yang aku lakukan ini dapat membalas jasa ibuku?"
Maka, jawab Ibnu Umar, "Tidak, walaupun senafas".

Begitulah. Kumenginsafi diri. Dan dia tetap begitu. Sedia menjadi insan sejati, mencurah keringat, kasih dan sayangnya yang tiada hujung, tiada mula, kurniaan dan rahmat Allah, buat anak-anaknya. Terlalu setia menjulang nama ibu. Definisi pengorbanan, definisi kasih sayang. Segalanya ada padanya.

Apa yang dapat kulakukan? Segalanya tak mampu kubalas.

Aku memujuk diri. Biar begitu, ada satu yang menyebelahiku. Doa. Ya, doalah jasa abdi aku untuknya. Bila material bukan lagi kecukupan untuk kubalas jasanya, inilah satu-satunya jalan ku. Yang dapat menjadi jambatan antara aku dan dia juga doa. Yang pasti menemui dia bila waktunya dia dulu dijemput ilahi, juga doa.

Ya Allah, kekalkanlah aku dalam dunia yang soleh, agar aku tetap dalam rahmatMu. AGar aku tetap dalam mendoakan ibuku. Untungnya bila tahu rahsia ini.

Kuterus mendalami erti kehidupan yang seperti ini.


Wednesday, May 21, 2008

Jalan dan Jalan





Koleksi gambar jalan.