Jenis buku yang korang suka baca

Tuesday, August 26, 2008

Konsep Tawakkal

I am editing my previous post.

Pagi ni saya belajar satu perkara. Yang sangat menarik.

"Nature VS Nurture"
"Creationist VS Evolutionist"
"Qada' & Qadar"

Setulusnya menyatakan ini ada perkara yang selalu saya fikirkan. Persoalan ini berkait dengan sifat ketaatan, redha, rendah diri (sifat hamba) yang sepatutnya saya dan anda miliki. At the end, bila saya dengar ulasan tentang 'perkara' ini yang diulas begitu baik sekali, maknanya sesuai dengan kefahaman saya, akhirnya saya menyerah kalah dengan kehebatan Allah menciptakan segala sesuatu isi alam, aturan alam, saya seperti seorang yang rebah dalam kekaguman, subhanallah, terlalu hebatnya Allah, maka, terlalu jauhnya saya dari saya yang sepatutnya.

Anda sekalian? Apa yang anda faham tentang qada' dan qadar (QnQ)?

Memetik dari website Dr Danial;

QnQ ialah ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak azali lagi berdasarkan ilmunya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian yang telah ditetapkan.

Wow..dari cara ayat ini, sekali faham, mungkin ada yang akan berkata, maksudnya kita takyah buat apa-apa and just biar masa berlalu, tunggu je apa yang akan berlaku pada kita". Tersuratnya macam tu. Namun, logiknya juga tak mungkin bola atau laptop kat atas meja akan terangkat kalau kita tak angkat. Tak mungkin kita dapat kedepan kalau kita tak berjalan, kan?

So, jom kita tengok ni:

Imam Al-Khathabi telah berkata:
"Ramai orang mengira qada dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya pandangan yang seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku berhubung semua perkara..' Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan mempengaruhi kehendak hamba itu."

Kisah si pencuri...(situasi : zaman Umar Al-Khattab)

Sipencuri ditangkap dan dibawa berjumpa khalifah Umar. Khalifah Umah bertanya, mengapa kamu mencuri, jawab si pencuri, kerana ini takdir Allah keatas saya..". Lalu, Khalifah Umar marah dan menghukum lelaki tersebut dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong tangannya." Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: "Mengapa hukumannya begitu berat?" Berkata Omar Al-Khattab ra: "Kamu akan dipotong tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah." Maksudnya,manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar.

Hukum sebab musabab atau sebab akibat adalah takdir. Manusia dapat menolak takdir dengan takdir yang lain kerana kesemua itu telah dicipta dan ditetapkan oleh Allah bagi manusia.

Contohnya.., takdir lapar dapat dihilangkan dengan takdir makan, takdir dahaga dapat dihilangkan dengan minum dan takdir mengantuk dapat dihilangkan dengan tidur. Mengikut sebuah riwayat yang sahih, khalifah Umar Al-Khattab ra enggan memasuki kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia sedang dilanda wabak taun. Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah ra bertanya kepada Umar ra: "Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?' Omar ra menjawab: "Aku lari dari takdir Allah kepada takdir yang lain." (Tarikh At-Tabari)

Maksudnya....

Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar dari ruang kemanusiaan yang telah Allah tetapkan dan Allah sejak dari awal lagi telah mengetahui segala keputusan yang akan diambil oleh manusia.

Apa yang kita kena buat?

Kahlifah Umar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini
ketika bertawaf:

"Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku. Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan."

Wallahua'lam...


Seronoknya jadi orang.
Especially jadi orang tahu cara nak hidup.

Tak takut, tak susah hati.

Yang penting 'maju'..

Next week bulan Ramadan, kepada orang-orang sekalian,
mari kita perbaiki diri. Semoga kita jadi betul-betul orang...


Hidup hanya 8 senggat je..

p/s:jangan jadi orang-orang...

0 comments: