Jenis buku yang korang suka baca

Friday, June 13, 2008

Seronoknya Usrah!


Tak tahulah apa perasaan orang lain. Tapi, me myself love usrah. Bersyukur dan teramat bersyukur Allah SAW yang Maha Pemurah, Maha Pengasih meletakkan saya dikalangan orang yang dalam system usrah. Semini-mini macam mana pun usrah itu, saya tetap menghargainya. Semoga Allah SWT akan selalu meletakkan saya dalam system usrah, yang seumpamanya dimanapun, bila-bila pun sementara saya didunia ini.

Kenapa? Kenapa saya terlalu taksub dengan dunia usrah ini? Hebat sangatkah? Saya taklah Nampak macam menjadi seorang yang hebat sangat pun.

Ha’a. Ye, saya tak pernah dapat 4.0 flat dalam setiap pengajian saya. Tak pernah juga saya bercakap dikhalayak umum, hatta besarnya pengaruh saya. Tidak. Saya akui tak pernah saya berada disuasana hebat sebegitu.

Tapi, hebat tu subjektif kan? Macam cantik pun subjektif,betul tak?

Habis tu, apa yang seronoknya usrah saya ni?

Hakikatnya, apabila saya berfikir hidup saya. Arah tuju saja, asal-usul saya dan apa yang sebenarnya saya perlu buat didunia ini. Saya tahu, hidup saya tak kekal lama. Suatu hari, saya akan mati. Dikatakan (dan saya percayainya) saya akan pergi kealam barzakh, kemudian kea lam akhirat. Konsep alam-alam pasca dunia ini, sama seperti alam dunia. Saya tetap lagi hamba Allah. Then, what is the for life in this temporary dunia?

(saya berfikir bila saya lebih banyak tahu)

Saya dapat tahu setelah banyak diberitahu, banyak diberi peluang oleh Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tentang tujuan hidup saya. Apa yang sebenarnya saya perlu buat. Ringkasnya, seperti saya dan pembaca ketahui, hidup kita tak ada lain, tetapi beribadah kepada Allah. Merendahkan diri, mengabdikan diri, hanya kepada Allah. Dengan kata mudah, jadilah hamba yang bertakwa, baru dapat masuk syurga. Kalau tak duduklah merana menderita bersama azab neraka.

Tapi, nak maintained ‘takwa’ secara amali sampai akhir hayat, tak semudah dikata. For that, disinilah pentingnya usrah. Manusia itu mudah lupa fitrahnya. Tak perlu berlagak bahagia sentiasa dengan iman yang ada. Belum diuji, belum tahu. Bila dah sakit baru mencariNya. Seharian, semingguan, hidup tanpa orang mengingatkan bias lalai kita dibuatnya. Faham-fahamla dengan karenah hati yang selalunya mudah cenderung pada yang tidak baik. Kalau tak faham, atau malas nak faham , tahu buat-buat tak tahu, nantikanlah azabNya nanti.

Usrah lebih mengikat hati berbanding mendengar pengisian ceramah, forum, kaset, atau apa-apa yang seumpamanya (tetapi tidak menafikan kelebihan pengisian berbentuk tersebut). Situasi usrah yang ada naqib atau naqibah yang lebih berpengalaman, memberi banyak kelebihan dari segi kekuatan dalam berukhuwah. Berkumpulan, tapi tak ramai, mudah lagi untuk saling mengasihi kerana Allah. Saling mengingati dalam mencari redha Allah. Indahnya susunan tarbiyyah warisan Rasulullah SAW ini.

Indahnya usrah. Takut sekali kehilangannya. Moga tabah hati dalam mengejar cinta Allah. Sekian dulu untuk kali ini.

0 comments: