Jenis buku yang korang suka baca

Wednesday, June 25, 2008

Siti Munira sedang MARAH

Siti Munira sedang marah buat ketika ini....
Marah....1 perasaan yg mmg ada dlm setiap jiwa manusia....mmg sukar dikawal jika tnpa iman yg tebal...fuhhh...klau marahkan seseorg ni, mmg xblh duduk...sentiasa teringt2 dia..sayu di hati...air mata senang je nk menitis...betul kata naqibahku...mmg sukar utk menghilangkan rasa marah....actually baru je bincang ttg menahan marah dlm usrah...benarlah, kita kan diuji dgn apa yg kita ungkapkan...smua tips marah dah aku ikut...tetapi kenapa hati ini masih sakit....mungkin kerana jauhnya diri ini dgnNya...Ya Allah...jika ujian ini sbg satu jalan utk mendekatkan aku padaMu, Kau kuatkan diri ini, tabahkan hati ini dan permudahkan bagiku utk mengharunginya....bila dh luahkan segalanya dlm btk tulisan ni...rasa ringan sikit beban dlm diri...aku ni susah nk marah...sekali marah mmg xkeruan jadinya...

tp aku bersyukur sbb dpt handle dgn baik keadaan marah pd jam 1545 pm 24 jun 2008...mmg xdpt lupa la detik2 ni...kesannya sepanjang hari 24jun 2008 hidup xmenentu..tp alhamdulillah aku salurkan keadaan marah tu dgn pergi cuci kwsn belakang rumah n cuci longkang...habis semua pokok aku tebang dgn parang aunty sebelah...tinggal pokok besar je blom tebang...mujur xda gergaji...klau x, pengsan makcik murni tgk pokok jambu dia aku tebang...heeeeee

lega rasanya...itulah bezanya antara org yg ditarbiyyah dgn org yg xde kepala otak..semoga rasa marah yg menimpa diri ini membawa seribu satu pengajaran dlm hidup....byk yg aku dpt belajar dlm langkah mengawal marah...moralnya, kawal kemarahan itu dgn bijak...istighfar byk2...jgn kalah dgn hasutan syaitan....kita akan rasa gagah bila kita dpt kawal marah...sepertimana kekasihNya pernah berkata "...org yg plg kuat, adalah org dpt mengawal diri ketika marah"...

to kak lah n kak aifa, korang adalah sahabatku yg plg disayangi...thanks sbb byk bg nasihat dan sokongan buat diri ini....ukhuwwahfillah abadan abada....

Tuesday, June 24, 2008

Jangan Dilalaikan

- Sibuk itu pasti akan datang selagi tak masuk syurga...-

Ayat 1-8
At Takathur

1Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, 2sampai kamu masuk ke dalam kubur. 3Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), 4dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. 5Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin, 6niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim, 7dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainulyaqin, 8kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).

Friday, June 20, 2008

Jom kita berusaha!berusaha!

burp..alhamdulillah..lah, ra, gue makan nasi lemak tadi..hehehe..

ada majlis tahlil+bacaan yasin tadi..sempena pemergian anak PM Md Shah dan isterinya Puan Hashimah yg bernama Ahmad Safwan..meninggal kerana ada internal bleeding..jatuh barangkali, dan akhirnya meninggal ketika di operate..umur 23 tahun, belajar di UTM, dan sedang LI, anak sulung..

isu yg nak dikongsi ialah isu kematian & ketabhan & mungkin ujian...

1. Kematian-kita tak bisa tahu kita akan mati..dan kita jarang2 perasan akan tanda2 kematian yang ditunjukkan oleh org disekeliling kita.ada yg sakit lama.tapi nyawa masih dikandung badan, ada juga yang tetiba sahaja, kita dengar sudah tiada.. asbab kematian?pape boleh jadi asbab kepada kematian..ada org accident keta remuk gile..tapi alhmadulillah selamat..ada org mungkin jatuh longkang, tapi boleh meninggal jika itu lah saat kematian nya dan itu lah asbabnya..merasa kekerdilan diri..bahawasanya ..kita ni (manusia) adalah sesuatu yang tidak berdaya..langsung tak berdaya..sebb segalanya adalah di bwah kekuasaan Dia yang Maha Kuasa..

2. Ketabahan.. ttg pasangan ni..hmmm ..kagum rasanya melihat ketenangan di wajah kedua lecturer ni..walaupun hatinya, Allah sahaja yang tahu..tapi bila mendengar, rupa-rupanya anak bongsu mereka dahulu sudah meninggal taktala mengjangkau 10 hari..maknanya sudah dua kali mereka merasai perasaan kematian anak yang disayangi... Ya Allah, tabahkan hati mereka..sesungguhnya org yang bersabar atas dugaanMu, pasti menjadi org yang paling gembira suatu hari nnti..walaupun diri ini tak mempamerkan perasaan di hadapan mereka..tapi jauh di dalam hati, bila melihat mata Puan Hashimah, terasa sayu menyelubungi hati..rasa ingin memeluk menyatakan keindahan bila menjadi org yg tabah..tapi kaki kaku melangkah..biarlah doa sahaja yang mengiringi..tabahkan lah hati mereka Ya Allah..

3. Dugaan- "kita diuji dgn titik kelemahan kita", sape ek yang ckp ni..aku tak ingat la..tapi benar2 terasa betapa Allah tu Maha Pengasih..Dia nak bantu kita cari pintu masuk ke syurgaNya..jadi kita diuji di titik lemah kita..ex: kalau kita lemah dlm menguruskan soal pembahagian kasih sayang (hikhik)..jadi kita akan diuji di situ..time tu la kita rasa lemah tak berdaya, pening nak urus kasih sayang ni, tetiba ramai plak yang menagih kasih dan simpati..kita akan rasa dekat ngan Allah sebb kita sering mohon bantuan Dia..kita bergantung pada Dia..utk bantu kita..uruskan kehidupan dengan berkat..best kan?bestnya...

akhir bicara, alangkah ruginya..bila kita tak betul2 belajar erti menjadi muslim..sebb makin dikaji, makin merasa kekerdilan diri dan ilmu..makin terasa kebenarannya..makin menebal keyakinan..dan ku harap akan melahirkan rasa makin dekat padaNya....

Friday, June 13, 2008

Seronoknya Usrah!


Tak tahulah apa perasaan orang lain. Tapi, me myself love usrah. Bersyukur dan teramat bersyukur Allah SAW yang Maha Pemurah, Maha Pengasih meletakkan saya dikalangan orang yang dalam system usrah. Semini-mini macam mana pun usrah itu, saya tetap menghargainya. Semoga Allah SWT akan selalu meletakkan saya dalam system usrah, yang seumpamanya dimanapun, bila-bila pun sementara saya didunia ini.

Kenapa? Kenapa saya terlalu taksub dengan dunia usrah ini? Hebat sangatkah? Saya taklah Nampak macam menjadi seorang yang hebat sangat pun.

Ha’a. Ye, saya tak pernah dapat 4.0 flat dalam setiap pengajian saya. Tak pernah juga saya bercakap dikhalayak umum, hatta besarnya pengaruh saya. Tidak. Saya akui tak pernah saya berada disuasana hebat sebegitu.

Tapi, hebat tu subjektif kan? Macam cantik pun subjektif,betul tak?

Habis tu, apa yang seronoknya usrah saya ni?

Hakikatnya, apabila saya berfikir hidup saya. Arah tuju saja, asal-usul saya dan apa yang sebenarnya saya perlu buat didunia ini. Saya tahu, hidup saya tak kekal lama. Suatu hari, saya akan mati. Dikatakan (dan saya percayainya) saya akan pergi kealam barzakh, kemudian kea lam akhirat. Konsep alam-alam pasca dunia ini, sama seperti alam dunia. Saya tetap lagi hamba Allah. Then, what is the for life in this temporary dunia?

(saya berfikir bila saya lebih banyak tahu)

Saya dapat tahu setelah banyak diberitahu, banyak diberi peluang oleh Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tentang tujuan hidup saya. Apa yang sebenarnya saya perlu buat. Ringkasnya, seperti saya dan pembaca ketahui, hidup kita tak ada lain, tetapi beribadah kepada Allah. Merendahkan diri, mengabdikan diri, hanya kepada Allah. Dengan kata mudah, jadilah hamba yang bertakwa, baru dapat masuk syurga. Kalau tak duduklah merana menderita bersama azab neraka.

Tapi, nak maintained ‘takwa’ secara amali sampai akhir hayat, tak semudah dikata. For that, disinilah pentingnya usrah. Manusia itu mudah lupa fitrahnya. Tak perlu berlagak bahagia sentiasa dengan iman yang ada. Belum diuji, belum tahu. Bila dah sakit baru mencariNya. Seharian, semingguan, hidup tanpa orang mengingatkan bias lalai kita dibuatnya. Faham-fahamla dengan karenah hati yang selalunya mudah cenderung pada yang tidak baik. Kalau tak faham, atau malas nak faham , tahu buat-buat tak tahu, nantikanlah azabNya nanti.

Usrah lebih mengikat hati berbanding mendengar pengisian ceramah, forum, kaset, atau apa-apa yang seumpamanya (tetapi tidak menafikan kelebihan pengisian berbentuk tersebut). Situasi usrah yang ada naqib atau naqibah yang lebih berpengalaman, memberi banyak kelebihan dari segi kekuatan dalam berukhuwah. Berkumpulan, tapi tak ramai, mudah lagi untuk saling mengasihi kerana Allah. Saling mengingati dalam mencari redha Allah. Indahnya susunan tarbiyyah warisan Rasulullah SAW ini.

Indahnya usrah. Takut sekali kehilangannya. Moga tabah hati dalam mengejar cinta Allah. Sekian dulu untuk kali ini.

Wednesday, June 11, 2008

Hoho..New Friend here..

Dedicated to our lovely and mukmin visitors, there is a rabbit at left-side this page. Please to play around. Her name is "Fara"..hehe.

Credits to BlogWidget.


Tuesday, June 10, 2008

are you ready kid?

A phrase to share;
"
Once you're being force to look at the new sight,
you'll be feel so down
because .......
you need to left the sight that you loved to see,
but....
when you start to explore beyond the new sights,
that's the moment yourself tell you that;
'I'm ready to change...Lets move on!!'
"
**barangkali kita tak suka sesuatu padahal it might be itu yang terbaik..wallahu'alam.. only He knows and i hope that He always protect me, my family, my sahabats di mana jua ceruk pun yang kami ditempatkan....

Tuesday, June 3, 2008

Mohon kemaafan:o(

Salam buat Sahabat seperjuangan sekalian...

Di pagi yang makin mendung ini,
Ku ingin memohon ribuan kemaafan..
di atas segala kesalahan, kesilapan, kecuaian,
ketidak sedaran, kelalaian yang pernah ku lakukan..

Pada mereka yang pernah kusakiti, kunakali, kuusiki,
kutaklayani dengan baik dsbg,
ku mohon kemaafan..

kadang2...atau lazimnya
diri yang cepat lupa ini,
diri yang banyak kelemahan ini,
diri yang hatinya banyak titik hitam ini,
diri yang banyak buat salah ini.
seringkali melukakan hati kalian...

justeru, ku mohon keampunan..
maafkan lah diri ku..
pimpinlah daku..
tunjukilah daku kesalahanku..
tegurilah daku..

agar daku bisa menjadi insan yang lebih disayangi
dan bukannya dibenci..
kerana daku yakin,
sahabat bisa membantuku ..
dalam menjalani amanah sebagai hambaNYA...

Wallahu'alam..
I love you all because of Allah, inshaAllah..