Jenis buku yang korang suka baca

Sunday, September 21, 2008

Tips berurusan dgn lelaki

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dgn lelaki ajnabi. Artiel ni ana pun xingt dpt dr mana…apapun, tips ni sgt bermanfaat…Semoga dgn mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati insan bernama lelaki. Sama2 lah kita menjaga hati.

1. Elakkan berurusan dgn lelaki.

Kalau ada peluang utk minta tolong dgn perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari org lelaki.(tapi skrg ni, akak2 nowfara InsyaAllah boleh repair laptop n servis kereta sendiri…jgn rasa perempuan ni lemah…semarak2 api, marak lagi semangat kami…)

Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan2 formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah.

2. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate.

Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun berfirman supaya keraskan suara. Rujuk qur'an surah Al-Ahzab ayat 32:

"Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik.

Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada isteri2 nabi je, lembut2kanlah suaramu dan lihatlah kesannya.
Apabila arahan ni diberi kepada isteri2 nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan tu utk mencapai darjat yg sama seperti mereka, darjat wanita2 yg bertaqwa, dan darjat wanita2 yg terpilih. Best kan?

3. Tundukkan hati

Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada kita. Waktu berdepan dgn lelaki2 tu, byk2 lah berdoa, "Ya Allah, jgnlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan."

4. Tundukkan pandangan.

Jangan tertipu dgn matapelajaran communication skills yg kita belajar kat uni dulu; "make eye contact with the person you're talking to". bende tu applicable kalau kita becakap dgn org yg sama jantina sahaja.

Kalau ada eye contact dgn org yg berlainan jantina, kita akan mendapati theory "dari mata turun ke hati" tu betul. so, be careful dgn pandangan mata.

Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dgn isteri2 nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; "....Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.."

Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. kalau susah sgt nk jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sgt ambil berat masalah hati para sahabat n isteri2 nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nk jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur'an baru nk buat kot. Cth: "Wahai Cik Hasni (bukan nama sebenar).. taatilah suamimu..." Isk2. tak layak nye..

5. Cepatkan urusan.

Ni mungkin applicable kepada students/ org yg dah kerja yg terpaksa berurusan dgn team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la keje tu. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.

Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu'minah yg ada identity, yg taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan. Biarlah segala kelembutan, kecantikan, dan seumpamanya itu kita serahkan utk insan yang bernama suami sahaja..

Jaga diri, hiasi peribadi.

12 comments:

Mashizaki Keikan said...

Ana cadangkan kita buat tabir kat bilik KI... Memang best! Suatu pengajaran dari pergi berjaulah ke Kuantan. memang benarlah ayat Allah: "...yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..."

Anonymous said...

yes~stuju 300%!
betul,tepat,correct,that's it
suka akak..hee~

خير الشوال الفاتح - ARCHISLAM - said...

Ana baru jer bincang pasal something yg 'ammar comment, dgn naqib ana..so, konklusinyer : better for us to نري الي واقعنا الان (skadar prkongsian utk dikgsi)..so, adakah 'amal qawiy kt pada membentuk hati2 yg terjaga @ menjaga hati2 yg 'gundah gulana??..adakah rabi'atul 'adawiyyah pergi berperang dgn membawa hijab di nedan perang??..atau adakah hatinyer dan para shbt time tu ammgnye trjaga??..juga sekadar pikiran ana yg pelik2..jzkk..(sape x puas hati bagtau)

Anonymous said...

Setuju dengan archislam. Semoga 'amal membentuk hati-hati yang kuat. Emosi yang terjaga dari perkara-perkara yang tak sepatutnya. Dan juga mata yang melihat pada yang benar.

Kita yang menggerakkan kepala kita untuk tunduk. Hati juga kita yang uruskan..

Wallahu'alam

Anonymous said...

setuju dgn archislam..

[Ab.ngah] said...
This comment has been removed by the author.
Mashizaki Keikan said...

Syawal... Enta kena ingat, pernah suatu ketika ada seorang sahabat yang buta datang ziarah rumah RasuluLlah. Pada awalnya A'isyah tak pakai tudung, lepas tu ditegur oleh Nabi. Nabi berkata, matanya mungkin buta tetapi hatinya adalah hati yang celik (atau lebih kurang kefahamannya). Anyway, kita buat ikut waqi', kalau ada tabir menyebabkan perbincangan boleh dilakukan dengan lebih baik maka yang itu adalah yang terbaik. Dan apabila dirasakan tidak ada tabir itu boleh menghalang orang (esp orang-orang yang malu) daripada berbicara atau memberikan pendapat, maka ana rasa lebih baik ada tabir.

Seseorang yang tidak pernah makan gula-gula sudah tentu tidak akan mengatakan gula-gula tersebut manis. Dan seseorang yang tidak pernah merasai kemanisan sesuatu perkara, sudah tentu tidak terindu-rindu untuk mengecapi kemanisan tersebut.

Fikir-fikirkan...

خير الشوال الفاتح - ARCHISLAM - said...

seperti yg ana dah sebutkan dekat atas..(depend kepada situasi)..نرجع الى واقعنا الآن..tp ape lgkah nta utk mwujudkan kembali biah para sahabat..haha..tu satu soal yg perlu juge difikirkan syeikh..والله أعلم

Mashizaki Keikan said...

haha... gaduh pulak syawal ni... itu akan of course kembali kepada asolah da'wah kita: Seruan kepada Allah, iaitu pengembalian kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya. Dan itu tidak dapat dinafikan merupakan perkara yang awla.

Hassan al-Banna pernah ditanya oleh gurunya ketika dia masih sekolah: "Apakah tidak ada sunnah yang lagi besar yang boleh engkau amalkan selain daripada memakai songkok (mesir, instead of serban)?" Lalu beliau menjawab: "Aku hanya bermaksud menunaikan sunnah mengikut kemampuanku, yang mana yang aku mampu lakukan yang itu lah yang akan dihidupkan" (atau lebih kurang kefahamannya).

Anyway, ana rasa point yang paling penting dalam post ini ialah macamana seseorang hamba itu menjaga hubungannya sesama manusia lain yang berlainan jantina. Tak kitalah dia buat macamana, asalkan yang itu adalah yang "...lebih suci bagi hatimu dan hati mereka...". Dan pada akhirnya, kita nak hati kita sepenuhnya cinta kepada Allah dan Rasul serta berjihad di atas jalanNya. Dan yang lain itu adalah sesuatu yang diperoleh untuk mencapai 3 tu. WaLlahu a'lam!

خير الشوال الفاتح - ARCHISLAM - said...

haha..btol..btol..btol (upin ipin)..hope sumer dapt faham..'ammar, pasni kena pegi carik kain laa yer..hehehe..smoge ALLAH menjaga hati2mu sekalian..wALLAHUa'alam

Eira Edrianna said...

Melihat dr jauh perbincangn adik2 ni...bagiuh btoila..memberi pandangan masing2 yg mantap tu...tp jgn gaduh plak ye..
kepada akh 'ammar, as presiden KI, syurakan dulu ye ttg tabir tu dgn MT KI yg lain...
semoga Allah menjaga hati2 kita semua..

Anonymous said...

Cemana kak eira melihat dari jauh????

Hmmm...mungkinkah kak eira letak komputer jauh-jauh pastu kak eira tengok komputer eh????




hahahahahaha, jawab3!!!!!!!