Assalamualaikum Warah Matullah
Antara perbualan-perbualan terakhir bersama housemate tentang Ramadhan, menyentuh dikalbu bila mendengar satu ayatnya:-
[When Ramadhan is coming, someone is leaving. When Ramadhan leaving, someone is coming]
(someone = syaitaaan)
Bila mengenangkan syaitan akan kembali semula melaksanakan tugas-tugas (menyesatkan manusia), tiba-tiba terasa takut. Takut rasanya, dibulan Ramadhan yang tiadanya si dia, diri ini belum cukup membina kekuatan diri....
Hati syahdu mengenang hampir berakhir cerita hidup dibulan Ramadhan. Kisah-kisah terawih, sahur, puasa, penat letih dalam beribadah dibulan Ramadhan semakin berakhir. Jadi satu lagi cerita dalam episode memori kehidupan seseorang manusia.
Kesyahduan rintihan hati ini membawa kepada muhasabah yang menyedihkan. Masa yang banyak begitu mudah dihabiskan tanpa manfaat yang sebaiknya. Satu persatu gerak laku diri sendiri, dipanggil semula menggambar dipemikiran. Sungguh, hanya penyesalan yang bermain-main dijiwa hati. Mungkinkah ini peluang terakhir diri dimanjai dengan Ramadhan? Benarkah jiwa mengharap ampunan, sedangkan cinta dalam kerapuhan. Benarkah rindu padaNya sepenuh jiwa sedangkan tingkah laku tak seseperti sang perindu cinta Allah.
4 hari lagi, tibalah hari raya. Hari fitrah agar diri seseorang menjadi seperti asalnya yang sepatutnya. Tapi masih tertanya-tanya, layak kah merasakan diri sudah kembali kepada fitrah sebenar?
.....
Salam Aidilfitri buat semua pembaca.
Moga-moga Ramadhan kali ini ialah Ramadhan yang sangat memberi kekuatan buat kita.
......
Friday, September 26, 2008
Datang Kemudian Pergi Semula
Posted by Fazilah at 5:37 PM 0 comments
Labels: Tazkirah
Sunday, September 21, 2008
Tips berurusan dgn lelaki
Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dgn lelaki ajnabi. Artiel ni ana pun xingt dpt dr mana…apapun, tips ni sgt bermanfaat…Semoga dgn mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati insan bernama lelaki. Sama2 lah kita menjaga hati.
1. Elakkan berurusan dgn lelaki.
Kalau ada peluang utk minta tolong dgn perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari org lelaki.(tapi skrg ni, akak2 nowfara InsyaAllah boleh repair laptop n servis kereta sendiri…jgn rasa perempuan ni lemah…semarak2 api, marak lagi semangat kami…)
Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan2 formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah.
2. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate.
Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun berfirman supaya keraskan suara. Rujuk qur'an surah Al-Ahzab ayat 32:
"Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik.
Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada isteri2 nabi je, lembut2kanlah suaramu dan lihatlah kesannya.
Apabila arahan ni diberi kepada isteri2 nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan tu utk mencapai darjat yg sama seperti mereka, darjat wanita2 yg bertaqwa, dan darjat wanita2 yg terpilih. Best kan?
3. Tundukkan hati
Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada kita. Waktu berdepan dgn lelaki2 tu, byk2 lah berdoa, "Ya Allah, jgnlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan."
4. Tundukkan pandangan.
Jangan tertipu dgn matapelajaran communication skills yg kita belajar kat uni dulu; "make eye contact with the person you're talking to". bende tu applicable kalau kita becakap dgn org yg sama jantina sahaja.
Kalau ada eye contact dgn org yg berlainan jantina, kita akan mendapati theory "dari mata turun ke hati" tu betul. so, be careful dgn pandangan mata.
Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dgn isteri2 nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; "....Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.."
Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. kalau susah sgt nk jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sgt ambil berat masalah hati para sahabat n isteri2 nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nk jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur'an baru nk buat kot. Cth: "Wahai Cik Hasni (bukan nama sebenar).. taatilah suamimu..." Isk2. tak layak nye..
5. Cepatkan urusan.
Ni mungkin applicable kepada students/ org yg dah kerja yg terpaksa berurusan dgn team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la keje tu. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.
Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu'minah yg ada identity, yg taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan. Biarlah segala kelembutan, kecantikan, dan seumpamanya itu kita serahkan utk insan yang bernama suami sahaja..
Jaga diri, hiasi peribadi.
Posted by Eira Edrianna at 10:00 AM 12 comments
Thursday, September 18, 2008
Jangan Bersedih Wahai Da'ie
Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa...
Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah.. .
Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...
"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya"
Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…
Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan.
Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:
"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah:
"Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya"
(Al-Furqan:56- 57)
Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:
"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"
(Al-Anbiyaa' :87)
Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian.. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…
Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan...
Posted by Eira Edrianna at 11:07 AM 0 comments
Labels: Tazkirah
Wednesday, September 17, 2008
Suatu Pencarian
...selangkah kepadaKu, seribu langkah ku kepadamu...
Agaknya, inilah sumber kekuatan buat orang-orang berdosa,yang tak kenal lelah dalam bermaksiat, kini ingin kembali mencari fitrah diri...
DiRamadhan ini...aku menjadi pencari Dia. Dalam diri yang selalu tiada. Langkah aku terlalu lambat dari yang sepatutnya. bagaimanakah...mungkinkah aku yang memang tak mahu, atau aku telah tiada peluang? Tak mungkin tiada peluang, sedang dalam iman yang rapuh Dia tetap mengasihi, tetap terus menyayangi. Bukankan namaNya Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yakinlah diri dengan namaNya itu.
Posted by Fazilah at 5:06 PM 0 comments
Labels: Tazkirah
Friday, September 12, 2008
Mencari Cinta
Bertemu cinta teragung
Di dalam sujudku asyik menyanjung
Umpama pengembara di malam gelita
Dan tuk cintanya menerangi jiwa
Sekian lama terbiar
Dalam belantara hidup nan liar
Di bukit ku tersepit di lembah terhina
Hidup yang perit mengajarku mencari cinta
Ku sangka teguh
Kiranya masih rapuh
Kusangka mudah namun amat payah
Kusedar semua pasti ada akhirnya
Moga akhirku diselimut cinta
Cinta agung-Nya
Sekian lama diri terlalai
Kehidupan terabai
Akhirnya aku temui kedamaian abadi
Posted by Eira Edrianna at 9:01 AM 0 comments
Wednesday, September 10, 2008
A tak sama dgn B
lama juga mendiam ... hehehe
manusia ni banyak pe'el nye kan (perangai mcm2) ...
ada yang garang dan suka gado ngan budak kecil..
ada yang sering penyabar dengan apa yang berlaku..
ada juga yang mudah terguris jiwa lantaran bicara kasar..
ada yang kegemaran dia memasak...
dan pastinya ada juga kegemaran dia utk merasa...
melihatkan semua ini...
memperingatkan diri tentang penciptaan Allah tentang manusia yang pelbagai...
untuk apa? untuk saling berkenal-kenalan and of course untuk saling melengkapi...
yang penyabar boleh suh yang garang berhenti bergaduh ngan dak kecil
yang suka merasa boleh merasa apa yang suka memasak dah masak...
maka , hidup menjadi lebih indah..
indah sebab adanya kepelbagaian ragam manusia..
yang mana ini juga membuatkan kita kadangkala tergelak..
memikirkan betapa banyaknyaaaaa ragam manusia..
sungguhpun yang demikian...jangan sesekali kita menyamakan A dan B..sebab A adalah A, dan B adalah B...sangat tidak adil kalau kita juga hendak menyamakan A dan B...sebb pastinya A ada lebih/kurang, begitu juga B..ada lebih/kurangnya..
dan yang pastinya ..tiada yang perfect, tidak A dan juga tidak B, kerana Hanya Dia yang Perfect..maha Perfect..
dan kita juga tak boleh la samakan cara A dan cara B...barangkali A reti ckp BM, B reti BI, jgnla paksa A ckp BI macam B.. sebb mungkin C lebih phm bila A ckp BM instead of BI..oleh yang demikian......
seharusnya kita menghargai cara setiap org menyampaikan sesuatu...dan kita kena sedar...
bahawasanya...cara sesorang memahami sesuatu berbeda2..sesuai dengan ragamnya yang macam2 kan...
oleh itu, berlapang dadala dan bukala minda... bahawasanya..setiap orang itu ada keistimewaan masing2..jangan memperkecilkan org lain hanya kerana kita rasa kita dah bagus (nau'zubillah)...
bahaya tuuuuuu tauuuu, adik!
peringatan utk diri kakak juga..heheheheehe..
tapi hmmmmm...
kadang2 bagus gak ada adik ni... barulah boleh gelak, sebb ragamnya berbeza..
takdelah hidup rasa sama je kan..betul takk???
justeru siapalah kita utk kata
Posted by aifa syireen arifin at 1:50 PM 2 comments
Thursday, September 4, 2008
Qisah-Ruang mengambil pelajaran
Qisah = Kisah
Posted by Fazilah at 10:28 AM 0 comments
Labels: Blog, Kongsi, luahan hati