Jenis buku yang korang suka baca

Thursday, September 4, 2008

Qisah-Ruang mengambil pelajaran

Qisah = Kisah


Al-Qosos... = Surah menceritakan kisah-kisah.

Aktiviti terbaru, bersama-sama beberapa orang lagi, mendengar pengisian ISK - Ini Sejarah Kita. Barangkali, rasanya ini kali ketiga. Sejak pertama kali dengar talk ISK ni lagi, dah terpikat dan minat dengan sejarah dahulukala, yang mana seperti orang lain, sebelum itu cukup 'boring' dengan sejarah. Subjek Sejarah. 

ISK ialah 'talk' yang mengandungi kisah-kisah sejarah islam secara khususnya. Sejarah yang bukan untuk dipelajari/diketahui semata-mata, namun tersiratnya, mengembalikan semula semangat perjuangan jihad mengembalikan kegemilangan islam.

Ternyatalah kini, sejarah berperanan penting dalam manusia hari ini memperbetulkan jalan hidup. Sebilangan kita memandang ringan akan kisah sejarah, tetapi, disuatu sudut, ada perkara yang tak dapat dicari penyelesaian, kecuali menggunakan sejarah. Termasukkan cerita-cerita peribadi(sejarah juga).

Tambah lagi, Al-Quran sendiri, kandungannya terlalu dengan cerita-cerita. Cerita orang (peribadi2), cerita kaum-kaum yang berjaya, cerita kaum-kaum yang musnah/tak berjaya. Cerita perjuangan Nabi-nabi...Kisah-kisah yang Allah SWT pelihara sehingga kini ini, bukankah tidak lain adalah sebagai pengajaran untuk kita? Hatta Allah SWT sendiri berfirman dihujung kebanyakkan ayat :.."Apakah kamu tidak mengambil pengajaran?"...

Bahkan, saya yakin, cerita-cerita kita sendiri yang kita kongsikan, cerita-cerita yang sahabat-sahabat kongsikan, boleh saja memberi manfaat yang banyak kepada orang lain. Asal sahaja niat ikhlas kerana Allah untuk berkongsi, apa salahnya. Kita tidak tahu, mungkinkah disatu sudut dunia, ada seseorang yang mengalami permasalahan/pengalaman yang sama. Pasti dia tersenyum bilamana ada juga insan sepertinya. Mungkin dia masih tak ketemu jawapan, lalu, dia jumpa jawapannya..

Berkongsilah, asal tak merosakkan. 
Apa cara sekalipun, gunakanlah....

Wallahua'lam.

0 comments: