Jenis buku yang korang suka baca

Friday, August 29, 2008

Kurangkan terasa, tingkatkan prestasi



Bila sahabat-sahabat berkongsi tazkirah tentang Jangan Kecil Hati Dengan Sahabat, terasa tersentuh juga. Sebabnya selalu/mudah juga hati ini mengalami fenomena 'makan hati'. Makan hati, kecil hati, merajuk, ialah biasa berlaku dalam berukhuwwah, dalam menjalinkan silaturrahim. Kerana silaturrahim yang murni, ukhuwwahfillah itu dibenci syaitan. Lalu dia akan sentiasa berusaha meniup 'rasa-rasa ' yang tak sepatutnya dirasai dalam bersahabat. Paling kerap mengalami gangguan emosi ini ialah perempuan. Bukan maknanya perempuan itu lemah, tapi emosi begini memberi kata lain, betapa halusnya jiwa seorang perempuan.

Namun, tersinggung jangan berpanjangan. Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih. Jangan tertipu dengan pujukan syaitan yang sentiasa mahu mencari teman dineraka. Meskipun payah, berusahalah, agar hatimu akan kembali tenang. Kita takkan tenang selagi mana urusan ukhuwwah/hati ini belum selesai.

Adapun, antara perkara yang mungkin menjadi faktor ialah seperti :-

  • Prasangka.
"Wahai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakkan dari prasangka kerana sebahagian prasangka itu dosa" (49:12)

Bermakna disini, apa-apa sahaja yang kita tidak tahu, tak perlulah kita berprasangka dengan sahabat-sahabat kita. Kita pun tahu yang kita selalu tersalah tafsir, based pada experience kita yang banyak tu. Oleh itu, sebelum kita berprasangka yang pelik-pelik, mintalah penjelasan yang benar dari sahabat kita.

"Wahai orang-orang beriman, jika datang kepadamu orang-orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu" (49:6)

Sesungguhnya, Tahap ukhuwwah yang paling rendah ialah berlapang dada, paling tinggi ialah ithar (melebihkan orang lain). Pasti ada sebab, mengapa perlu dinilai sifat berlapang dada baru dinilai itharnya. Belum dikira benar-benar ithar jika belum benar-benar ikhlas. Ikhlas datang dari kelapangan hati yang benar-benar dalam dari iman yang mendalam.

Sebelum berakhir, Biarlah perkara-perkara ideal ini menjadi titik ukur kita. Moga-moga diri menjadi lebih baik. Apapun, hubungan dengan Allah yang baik, menjamin hubungan yang baik sesama makhluk.

Wallahua'lam.

6 comments:

Anonymous said...

tapi kadang2 hati ini tertanya-tanya.kenapa seorang sahabat yang disayangi dan disanjungi menjauhkan diri tanpa sebarang alasan.kalaupun diri ini bersalah,mengapa sahabat tidak menegur.bukankah tanggungjawab seorang sahabat menasihati dan membimbing sahabatnya.apa pula keadaannya apabila tindak tanduk seseorang itu mengguris hati sahabat-sahabatnya.semoga Allah menjauhkan diri dari salah faham dan semoga tidak terpedaya dengan tipu daya syaitan

Anonymous said...

Sahabat awak tu pun manusia biasa. Mungkin dia membuat keputusan untuk membiarkan semuanya tanpa membuat apa-apa. Dengan kata lain - let the time decide. Ukhuwwah ini subjektif, sebab emosi manusia subjektif. Perbanyakkan berdoa, moga-moga Allah berikan seseorang yang terbaik disisi kita. Sekian lama bersahabat pun, belum tentu kita faham dia dan dia faham kita. Wallahua'alam

Anonymous said...

hmm..betul juga.mungkin ada hikmahnya.mungkin diri ini tak cukup ikhlas dalam bersahabat.menyayangi dan berharap disayangi.sedangkan hakikat keikhlasan itu adalah memberi tanpa mengharap balasan.Wahai sahabat..andai dikau lebih tenang tanpa kehadiran kami,dan bahagia bersama teman-teman baru kami redha dengan ketentuan ini.Semoga Allah melorongkan kita ke jalan yang benar dan semoga ada keampunan dan ruang untuk kami berjalan seiring dirimu..WAKTU..bawalah pergi gelora rindu.PERTEMUAN...hadirlar untuk merungkaikan

Anonymous said...

Sedihnya awak ni...saya doakan awak mendapat kehidupan yang baik didunia ini dan kehidupan yang baik diakhirat sana. Allah pasti memberi hikmah yang baik kepada setiap ujian pada hamba-hambaNya

Anonymous said...

terima kasih,amiin atas doa awak

Anonymous said...

Silakan perkenalkan diri awak..