Jenis buku yang korang suka baca

Friday, June 20, 2008

Jom kita berusaha!berusaha!

burp..alhamdulillah..lah, ra, gue makan nasi lemak tadi..hehehe..

ada majlis tahlil+bacaan yasin tadi..sempena pemergian anak PM Md Shah dan isterinya Puan Hashimah yg bernama Ahmad Safwan..meninggal kerana ada internal bleeding..jatuh barangkali, dan akhirnya meninggal ketika di operate..umur 23 tahun, belajar di UTM, dan sedang LI, anak sulung..

isu yg nak dikongsi ialah isu kematian & ketabhan & mungkin ujian...

1. Kematian-kita tak bisa tahu kita akan mati..dan kita jarang2 perasan akan tanda2 kematian yang ditunjukkan oleh org disekeliling kita.ada yg sakit lama.tapi nyawa masih dikandung badan, ada juga yang tetiba sahaja, kita dengar sudah tiada.. asbab kematian?pape boleh jadi asbab kepada kematian..ada org accident keta remuk gile..tapi alhmadulillah selamat..ada org mungkin jatuh longkang, tapi boleh meninggal jika itu lah saat kematian nya dan itu lah asbabnya..merasa kekerdilan diri..bahawasanya ..kita ni (manusia) adalah sesuatu yang tidak berdaya..langsung tak berdaya..sebb segalanya adalah di bwah kekuasaan Dia yang Maha Kuasa..

2. Ketabahan.. ttg pasangan ni..hmmm ..kagum rasanya melihat ketenangan di wajah kedua lecturer ni..walaupun hatinya, Allah sahaja yang tahu..tapi bila mendengar, rupa-rupanya anak bongsu mereka dahulu sudah meninggal taktala mengjangkau 10 hari..maknanya sudah dua kali mereka merasai perasaan kematian anak yang disayangi... Ya Allah, tabahkan hati mereka..sesungguhnya org yang bersabar atas dugaanMu, pasti menjadi org yang paling gembira suatu hari nnti..walaupun diri ini tak mempamerkan perasaan di hadapan mereka..tapi jauh di dalam hati, bila melihat mata Puan Hashimah, terasa sayu menyelubungi hati..rasa ingin memeluk menyatakan keindahan bila menjadi org yg tabah..tapi kaki kaku melangkah..biarlah doa sahaja yang mengiringi..tabahkan lah hati mereka Ya Allah..

3. Dugaan- "kita diuji dgn titik kelemahan kita", sape ek yang ckp ni..aku tak ingat la..tapi benar2 terasa betapa Allah tu Maha Pengasih..Dia nak bantu kita cari pintu masuk ke syurgaNya..jadi kita diuji di titik lemah kita..ex: kalau kita lemah dlm menguruskan soal pembahagian kasih sayang (hikhik)..jadi kita akan diuji di situ..time tu la kita rasa lemah tak berdaya, pening nak urus kasih sayang ni, tetiba ramai plak yang menagih kasih dan simpati..kita akan rasa dekat ngan Allah sebb kita sering mohon bantuan Dia..kita bergantung pada Dia..utk bantu kita..uruskan kehidupan dengan berkat..best kan?bestnya...

akhir bicara, alangkah ruginya..bila kita tak betul2 belajar erti menjadi muslim..sebb makin dikaji, makin merasa kekerdilan diri dan ilmu..makin terasa kebenarannya..makin menebal keyakinan..dan ku harap akan melahirkan rasa makin dekat padaNya....

1 comments:

aifa syireen arifin said...

lupa..tambahan di atas..akhirnya JOMlah kita berusaha..menjadi hambaNya yang terbaik...chayuk!!!